Santri DafaClose

Rabu, 12 September 2018

Sang Cinta


_Bagaimana mungkin Allah Swt yang menciptakanmu dengan cinta lalu membiarkan dirimu terbelenggu oleh luka._

_Andai bukan kerana beratnya ujian, belum tentu hati mendamba perhatian Tuhan._

_Adapun Allah Swt sengaja membiarkan dirimu mengulang-ulang doa tanpa putus asa kerana doa itu begitu istimewa yang tidak tercerna oleh ayat semata-mata tapi tautan rasa dan harapan yang diterjemah bersama Iman._

*Percayalah, kehendakmu selalu terburu namun kehendak Allah Swt sentiasa tepat pada waktu*

Dan tiada lebih bahagia daripada menunggu pilihanNya yang tertulis khusus untukmu. 

_Hidup ini untuk Allah..._ 

_Dan semua ujian ini juga dari Allah..._

🌟 *_Belajarlah melakukan sesuatu dengan menghadirkan Allah dan bukan pandangan manusia, maka akan lahirlah keikhlasan._*

🌟 *_Beribadahlah, bukan semata-mata kerana pahala tetapi kerana cinta, maka lahirlah istiqomah_*
Facebook Twitter Google+

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

© 2017 Santri Dafa | Theme by Mas Juni